BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 15, 2010

Perancangan Bermula



Aku adalah aku..tiada siapa lagi yg dapat mngubah diri aku melainkan aku sendiri yg mngubahnya.. Pada saat dan ketika ini, aku telah mmbuat perancangan bahawa aku akan cuba yg terbaik untuk mencapai apa yg aku impikan..bukan material dan kebendaan dicari semata-mata tetapi mengharap redha dan bersyukur atas apa yg di berikanNya kepada aku..Menjalani hari2 yg penuh dgn ranjau dan cabaran ketika ini, pstinya menggugat keupayaan aku dalam mncapai apa yg aku impikan...Di saat yg semakin genting dan sukar dgn ada niat yang baik..tetapi sukar utk melaksanankannya dgn baik..apa pon aku akan cuba sedaya upaya dalam mengejar impian hidup...


****************************



Yang lepas biarkan lepas..buka buku dan mulakan dgn episod yg baru..Aku bertekad utk mencapai apa yang aku harapkan..sebelum ini, usaha aku tidak begitu kuat dalam mnjalani kehidupan ..Aku bertekad, dgn azam dan niat yg baru, aku akan cuba sedaya upaya utk membuktikan bahawa aku juga boleh menjadi yg terbaik di masa hadapan... bukan sahaja kepada diri aku malah keluarga juga aku utamakan.. Peristiwa yg telah lepas aku jadikan pengajaran supaya aku lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan yg banyak cabarannya..aku bersyukur kpdNya kerana masih memberikan aku kudrat hidup dan masih memelihara diri aku yg lemah ini..Biarlah apa org nak kata..apa yg aku fikirkan ianya rasional dan diterima akal, aku teruskan ...asal kan tidak melalaikan aku dgn kancah dunia yg penuh dgn kegelapan...



Pertamanya aku amat sygkan keluarga aku..walaupon aku tidak dpat mnunjukkan kasih syg kpd mereka, tetapi aku punyai azam yg kuat untk membina keluarga yg bahagia dan menmbina martabat keluarga..apa yg aku rancangkan sekarang, aku perlu berusaha lebih keras dalam mencapai cita-cita...Walaupun semasa dahulu, aku sering mengabaikan pelajaran..Sekarang, aku terfikir bahawa pelajaran dan pendidikan adalah satu jalan yg lurus untuk meningkatkan martabat diri, keluarga agama dan bangsa... Selaras dengan kejayaan didunia, agama juga perlu diselitkan kerana jika kita lalai kpdNya maka keberkatan sukar kita temui..Agama menyeru kita supaya kita mencari ilmu agar kita tidak tertindas..Nabi turut berkata " Carilah ilmu hingga ke negeri China".. Ada hikmah disebaliknya...Oleh itu, ilmu merupakan asas kepada kejayaan dunia dan akhirat..


Keluarga bahagia :)

 
Bak kata orang alim, carilah akhirat, kerana jika kita mencari akhirat dunia akan datang kpd kita..jika kita hanya mencari dunia..maka akhirat akan jauh daripada kita...Renungkanlah...niat sudah ada...tetapi, adakah ia dapat melaksanakannya dengan baik..aku akan terus berusaha kerana aku yakin bak kata peribahasa, usaha tangga kejayaan..jika tiada usaha.. maka kejayaan yg diimpikan akan terus melupakan kita.. Walaupun aku tahu, diri aku tidak sehebat mana..tidak sebaik mana..tidak semulia mana..tetapi aku akan cuba sedaya upaya dengan kudrat yg ada utk menjadi yg terbaik dalam kalangan yg terbaik...Aku sentiasa mengharapkan supaya aku dapat mnjadi apa yg mereka ingin kan..walaupon pelbagai cabaran yg aku lalui..aku tahu..iman aku tidak sehebat mana...tidak seteguh mana..tetapi aku yakin..bahawa aku adalah aku..tiada siapa yg dapat mengubah prinsip hidup aku melainkan dgn ketentuanNya...


Usaha Kunci kejayaan





Perancangan dalam hidup aku semakin hari semakin banyak halangan dan dugaan...berfikir soal cinta..mmg tidak dapat menafikan aku juga turut mempunyai hati dan perasaan kepada kaum hawa... walaupun banyak kealpaan dan kelemahan dlm diri..aku cuba menyerapkan nilai2 yg baik kepada siapa pon yg berdampingan dgn aku..insyaAllah...Cinta aku kpd Nya aku letakkan diatas supaya aku tidak lalai dgn hasutan dunia..kerana Dia lah yg menjadikan aku menjadi seorang yg kuat dalam menempuh hari2 yg sukar didunia ini..Segalanya telah pun diatur olehNya..aku hadapinya dgn redha dan berusaha sedaya upaya utk menjadikan aku yg lebih baik dr sebelumnya...Sekarang aku bersyukur, kerana aku disayangi oleh sahabat2 aku yg sama2 berjuang dalam mengejar cita-cita...apapun aku mengharapakan yg terbaik kepada dia yg mengambil berat kepada aku..semoga kita sama2 berjaya dalam apa yg diimpikan..insyaAllah... :)








Aku gembira..dengan semangat baru yang ada..aku akan meneruskan perancangan hidup aku dengan sabar dan tabah...Apapun aku akan melakukannya yg terbaik...mudah-mudahan dgn niat baik yg ada ini, aku akan laksanakannya tanpa rasa ragu-ragu..Semoga tuhan sentiasa melindungi, memberkati perancangan hidup aku dan membawa aku kepada kejayaan yg diimpikan..InsyaAllah... :)







0 comments: