BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 18, 2011

Berat Sembahyang

Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk? Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun.

Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.Berat ada 3 peringkat,




1. Berat sebelum melakukan sembahyang Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk ertinya ia tidak berjiwa tauhid atau hubungan hati dengan Tuhan telah terputus. Oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikal nya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang. Contoh - contoh berat sebelum sembahyang:

1.1 Bila rasa bertuhan tiada, tentu sayang tinggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.

1.2 Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.

1.3 Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau "qada'' maka tidak khusyuklah solat.

1.4 Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kira dan dipandang ringan.

1.5 Apabila kenduri-kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.

1.6 Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.

1.7 Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang. 


Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit,setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.



2. Berat semasa sembahyang bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan sembahyang terasa penat. Rasa jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang. 



3. Berat menunaikan tuntutan sembahyang Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari. Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan.




Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain. Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu.


Oleh yang demikian, solat lah walau dimana kita berada. Sesibuk mana pun kita dengan urusan dunia, jangan lupa untuk menunaikan solat 5 waktu. Segala urusan akan lebih mudah dengan bantuanNya. InsyaAllah... :)











0 comments: