Setiap manusia pasti mmpunyai pelbagai masalah dan dugaan yg dihadapi..tak kiralah samada masalh dtg dari diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, n apa2 pon.. setiap masalah pstinya ada..apa pon hidup kita di muka bumi Allah ini tidak terlepas drpd ujian dan dugaan oleh Nya.. Apa yg harus kita lakukan adalah sentiasa sabar dan redha dgn ketentuannya..Setiap ujian dan dugaan itu ada hikmahnya yg kita tidak nampak lagi kehadirannya..
****************************
Kadang-kadang kita rasa masalah selalu dtg tanpa diduga. Ujian demi ujian yg terpaksa dihadapi. kita pon terfikir. kenapa la kita yg kne hadapi suma masalah ni..knape tuhan bg ujian nih pda kita.. mula berfikir bahawa hidup nih tiada apa2 makna pon kerana melalui hari2 yg sukar... Sebenarnya, itu semua lumrah kehidupan.. Masalah, ujian dan dugaan yg kita hadapi itu akan lebih mematangkan diri kita dan hidup kita sentiasa berfikir untuk sentiasa mencari jalan penyelesaian bg menyelesaikan masalah tersebut...Apa pon kita harus tempuhinya dgn sabar dan tabah..Berdoalah kepadaNya kerana dia yg hanya memahami kita insyaAllah kita akn rasa tenang bila mngadu kpdaNya dgn memohon agar diberi kekuatan dlm mnghadapi ujian.
Hidup didunia penuh dgn pelbagai cabaran dan pastinya menggugat keupayaan kita dalam menjalani kehidupan..pastinya kita mahukan diri kita mnjadi yg terbaik..walaupon pelbagai dugaan yg harus ditempuh.. jgn la putus harapan..kerana di mana ada kemahuan di stu ada jalannya.. kdg2 iman kita tidak seteguh mana utk menepis segala dugaan yg dihadapi..apapon berfikirlah dgn akal setiap tingkah laku kita jgn smpi menyebabkan ianya boleh mnghacurkan maruah diri, agama dan bangsa kita... Sedang kita menjalani kehidupan sebagai seorang remaja, pstinya pelbagai konflik yg dihadapi.. Apapon laluinya lah dgn tenang dan sentiasa berpegang kpd prinsip kita serta tidak lupa dan lalai kpd Nya insyaAllah hidup kita sentiasa terpelihara..
Jika kita rasa tidak selesa dalam situasi kehidupan kita ataupon sentiasa dipandang buruk oleh masyarakat, pastinya ada kesilapan yg kita lakukan sepanjang hari2 kita menjalani kehidupan.. Ambil sedikit masa kita merenung apakah kesalahan dan kesilapan yg kita lakukan sehingga mnyebabkan hidup kita tidak disenangi oleh masayarakat.. Pokok pangkal diri kita.. muhasabah diri beberapa minit..dan kita akan sedar bahawa kita telah bnyak melakukan kesalahan dan kesilapan..mgkin kita tidak dapat lari drpada melakukan kesilapan kerana terpaksa mngharungi pelbagai dugaan dan masalah.. Bila adanya nasihat2 yg baik kpd kita, jgn la kita hanya suka berpetah dan melawannya, sebaliknya kita harus menerima nasihat itu sbgai stu hadiah yg berharga utk kita mnjadi khalifah Allah yg terbaik di muka bumi ini.. usah la berasa iri hati dan dendam kerana sifat2 itu merupakan sifat yg dtg dr hasutan syaitan..itu juga merupakan ujian utk kita..sebaliknya kita haruslah mngadapinya dengan tenang dan sabar..InsyaAllah kita akan hidup dgn aman dan bahagia..jadilah manusia yg sentiasa mensyukuri atas nikmat yg diberikan Nya kpd kita...renung seketika kerana hidup kita di muka bumi ini hanyalah seketika..akhirat jugalah yg akan mnempatkan kita utk selamanya..maka bertaubatlah selagi masih ada hayat..
"Dan bersabarlah kamu bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah"
~ (An-Nahl 16:127) ~
0 comments:
Post a Comment