BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kehidupan adalah anugerah utama ilahi yg diberikan kepada kita semua. Anugerah memberi gambaran kpd kita kebesaranNya utk kita semua manusia yg wajib kita syukuri bersama. Justeru, manfaatkanlah ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah beringat, apa yg kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari kelak.



***********************


Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah S.W.T kepada kita semua. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yg bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali lagi. Buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali. Kewujudan website penulisan-penulisan dgn blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurniaan budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.


Pantun Raya

Cincin disarung hati berdebar, 
Jalinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengn meriah

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam,
pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum dentam,
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak bersabar,
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara



Sempena hari yg mulia ini. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan yg mengenali diri ini. Maaf dipinta andai kata, terbabas kata-kata, terguris perlakuan dan apa-apa pon. Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir dan Batin.





Ikhlas dari : Muhammad Naqiuddin bin Selamat





0 comments: